Navigation Menu

[Resipi] Jjajangmyeon makanan korea

Jjajangmyeon resepi makanan korea

Korang yang selalu tengok drama korea pasti sudah tidak asing lagi dengan makanan ini. Jjajangmyun atau Black Noodles sangat digemari oleh orang-orang Korea. Tengok je lah setiap scene drama korea dalam TV, ada orang tengah melahap Jjajangmyeon atas meja bersila.

Bentuknya seperti mee biasa tetapi agak lebar dan ditambah dengan sos khas Jjajangmyun yang hitam. Mee hitam ini sebenarnya berasal dari masakan di Tionghoa (wilayah Beijing) yaitu Zhajiangmian, tapi rasa berbeza dengan Jjangmyun dari Korea. Di Beijing, Jjajangmyeon asli disajikan dengan sos yang pelbagai jenis dan of course, lebih gemar memakai daging babi berbanding variasi dari Korea yang menggunakan banyak isi dari makanan laut. Jjajangmyeon dan Zhajiangmian juga memiliki komposisi sos yang hampir sama, tapi sos Jjajangmyeon lebih kental, gagah dan hitam.

Lihat juga: [Resipi] Sambal goreng hijau

Daripada korang terliur masa tengah tengok drama, ada lebih baiknya korang praktikkan resipi ini di rumah. Caranya mudah dan bahan-bahan semua boleh dicari di pasar auto hypermarket yang terdekat.


Bahan yang diperlukan:


  • 600g mee basah
  • 100 g daging lembu
  • 2 biji bawang bombay
  • 1/2 biji Zukini**
  • 2 biji kentang
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar air sagu
  • 2 gelas air
  • 7 sudu besar minyak
  • 6 sudu besar sos Jajangmyeon yang disebut Chunjang


Cara membuat Sos Jjajangmyeon:


Untuk pengetahuan semua, sos Jjajangmyeon dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut. 

Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi pekat. Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). Oleh kerana itu, Jjajangmyeon mengandungi sos yang digoreng walau sebenarnya pada asalnya sos dimasak dengan cara direbus.


Cara membuat Jjajangmyeon:


  1. Mula-mula, potong daging.
  2. Potong dadu bawang bombay, kentang dan zukini.
  3. Goreng sos Jjajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak.
  4. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombay.
  5. Kemudian masukkan daging lembu, zukini dan kentang.
  6. Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng.
  7. Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air sagu.
  8. Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api.
  9. Kemudian, rebus mee.
  10. Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
  11. Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan lobak masin kuning.


**Zukini

Zukini atau Zucchini adalah salah satu jenis sayuran dari Itali. Bentuknya macam timun hijau, texture-nya macam terung, tak keras, renyah dan berair. Zukini rasanya sedikit manis dan mempunyai isipadu air yang tinggi.

Lihat juga: Khasiat dalaman jus buah betik

2 comments: