Navigation Menu

Sushi salut emas, 10,800-yen satu sushi

sushi mahal salut emas

Sushi yang berkualiti tinggi sememangnya telah menjadi salah satu daripada makanan-makanan favourite bagi golongan berada mahupun yang hipster. Kepada yang berada terutamanya hipster-hipster sekalian, wujudnya sushi salut emas.

        Ya, sushi salut emas.


Sushi, makanan Jepun yang popular di dunia kini dibuat menjadi makanan mewah. Salah satu caranya adalah menambah salut yang diperbuat daripada kepingan emas.

Kebiasaan memakan gulungan sushi hadir untuk meraikan Festival Setsubun yang jatuh pada 3 Februari setiap tahun. Biasanya, festival dirayakan dengan menaburkan kacang untuk mengusir syaitan di rumahnya. Namun kebiasaan ini hilang dan diganti dengan ritual yang mewajibkan setiap orang makan ehomaki, atau segulung sushi yang besar.

sushi mahal salut emas

Ternyata, seorang tukang masak bernama Mr. Sato berani mengumpul pelbagai bahan terbaik untuk membuat segulung sushi termahal. Meskipun dibungkus dengan plastik murah, tetap saja sushi ini hadir dengan kulit emas yang membuat orang-orang terpukau. Untuk satu gulung sushi ini, anda perlu mengeluarkan wang kira-kira 10,800 yen.

Rasa dari sushi ini tidak boleh dinafikan sedap, kerana pelbagai isiannya dikumpulkan dari daerah penghasil ikan terbaik seluruh Jepun.

Isian apa yang ada di dalam sushi salut emas:

  1. Tuna dari Oma, Aomori
  2. Japanese puffer fish (ikan buntal) dari Hyogo
  3. Red sea bream (ikan kerisi) dari Nagasaki
  4. Longtooth Grouper (ikan kerapu) dari Nagasaki
  5. Oval squid (sotong) dari Nagasaki
  6. Kuruma prawn (udang) dari Ehime
  7. Steamed abalone (kerang) dari Miyazaki
  8. Boiled conger eel (belut conger) dari Miyazaki
  9. Boiled horsehair crab (ketam) dari Hokkaido
  10. Salted herring roe (telur ikan hering) dari Hokkaido
  11. Salmon roe pickled in soy sauce (telur ikan salmon) dari Hokkaido
  12. Raw sea urchin (landak laut) dari Hokkaido

Paduan rasa ini membuat orang tergoda, mulai dari salutan emas hingga ikan segar dari penjuru dunia yang tercampur sempurna.

Kerana kenikmatannya pula, banyak pengunjung yang merasai memberikan pendapat yang sama. Sushi ini "terlalu nikmat" untuk segulung sushi yang biasa dijual untuk festival.

sushi mahal salut emas

0 comments: